SCM Music Player 2

Tuesday 12 February 2013

Sabar :')

Assalamualaikum :) Hmm. Susah kan jadi remaja? Hmm. MEMANG! Alaa, bencinyaaaaa. Why? Masalah datang bertimbun-2. Masalah-3! A-ah Stress!  photo tumblr_lv1y0m6bfD1qiexcro1_500_zps966c1704.gif
Tuhan Dengarlah Keluhku - Haddad Alwi- Ingin ku lepas keluhku Pada-Mu Tuhan penyayangku Ku akui semua dosaku Meski tersipu tertunduk malu Jiwa dan hati tertutup debu Akan ku terkurung nafsu Ketaatanku tertimbun penuh dosaku Tuhan tutupi aibku Tuhan jangan biarkan diriku Semakin jauh tertipu nafsu Hanya pada-Mu ku mohon ampun dari semua dosa Jari lemahku mengetuk pintu maaf-Mu Agar kau hapus salahku Hanya pada-Mu ku mohon ampun dari semua dosa Jari lemahku mengetuk pintu maaf-Mu Agar kau hapus salahku Tuhan dengarlah keluhku
“hidup ni hanyalah untuk menyelesaikan masalah.. lepas satu masalah selesai, masalah lain pulak yang akan datang, penat! Seolah-olah hidup ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah semata-mata.”
Ya. kita memang manusia yang lemah, manusia yang alpa, manusia yang lalai, malah manusia yang punyai nafsu. Perasaan sebegitu adalah normal kan? Normal kerana manusia memang dilahirkan sebegitu. Pada saat ini, janganlah sekali-kali melayan prasangka-prasangka buruk yang timbul di dalam hati. Didiklah hati, nafsu dan fikiran untuk bersabar. Bagaimana untuk meningkatkan kesabaran? Perkara sabar bukanlah senang untuk dilaksanakan sebagaimana ia senang untuk diperkatakan. Sabar itu sukar. Apatah lagi apabila nafsu sentiasa membelai diri kita yang negatif sehingga kita tegar untuk meremehkan urusan ibadah kepada-Nya. Kesannya, nipislah iman kita yang sedia nipis itu. Dari itu, jagalah hubungan kita dengan Allah S.W.T maka insya Allah Dia akan menjaga dan menolong kita. Insya Allah, keyakinan dan keimanan kepada-Nya juga akan dapat dipertingkatkan. Titipkanlah doa di akhir setiap solat agar Dia memberikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam beribadah serta kekuatan untuk bermujahadah melawan kemungkaran.
"Sesungguhnya ujian yang hebat hanya diberikan kepada orang-orang yang hebat. Maka, bertuahlah orang-orang yang menerima ujian yang maha hebat dan dapat menempuhinya dengan sabar dan jayanya kerana ia merupakan satu latihan dan persediaan untuk mereka menjadi orang yang lebih hebat."
Semoga kita semua sentiasa diberkati dalam redha dan limpahanrahmat-Nya. Amin ~

No comments:

Post a Comment